Hikayat Merong Mahawangsa & Konsentrasi

Assalamualaikum & Salam 1 Dunia !!!
Wow! Superb! Fantastic!
Pujian yang ikhlas buat KRU, Yusry, para pelakon dan semua krew produksi
Sebuah filem yang boleh mengangkat martabat industri perfileman Malaysia. Aku bukanlah seorang pengkritik filem, tetapi amat berminat dengan filem-filem yang berkaitan sejarah. Jika hendak dibandingkan dengan filem-filem epik/sejarah kita yang pernah dihasilkan seperti Leftenan Adnan, Embun, Puteri Gunung Ledang dan sebagainya lagi, inilah filem yang pada aku hasil karyanya cukup hebat.
Eammm... bukan nak cerita atau ulas lebih-lebih tentang filem ini, sebab aku percaya, ada blog dan rencana didalam suratkhabar yang akan mengulas dan mengkritik filem hebat ini. Aku hanya nak bercerita tentang situasi semasa menonton filem ini. Sambutan amat menggalakan juga daripada para penonton, cuma tidaklah sampai penuh panggung, hanya 70% sahaja, mungkin kerana faktor esok hari bekerja. Alkisahnya... kiri dan kanan tempat duduk aku adalah lelaki, dalam hati oklah, selesa sikit untuk aku bergerak, sebab kalau perempuan (selain dari awek aku or adik aku la) memang akan rasa kurang selesa sikitlah. Tapi masalah lain pula yang datang, pencemaran bau... yang sebelah kiri bau kaki, dan yang sebelah kanan bau ketiak. Menganggu konsentrasi aku untuk menghayati filem hebat ini. Ditambah pula dengan suara bersembang dan cahaya handphone. Memang sakit jiwa!!! Come on la... Filem yang sedang anda tonton itu menelan kos berjuta-juta RM, penggambaran dan suntingan yang perlukan skills, itu belum dikira pre-pro nya lagi, janganlah fikir dengan harga tiket yang anda bayar tidak sampai RM10 itu sudah cukup berbaloi... Jadi, hormatilah orang lain yang ingin menghargai karya tersebut.
Tutup Mulut...
Silent Handphone...
Pakai deodoren dan cuci kaki sebelum ke panggung
Renung-renungkan dan selamat beramal...

0 comments:

Post a Comment

Alkisahnya