Blog & Block !!!

Hahahaha!!! Lama sungguh aku tinggai blog aku nie. Terlupa pulak yang aku memang ada blog. Tapi siapa nak baca? Ada ka orang nak baca? Kalau ada baguihla, kalau tak ada pun tak apa, sebab niat awal aku hanyalah untuk bercerita untuk bacaan kemudian hari. Hmmmmmm!!! Kalau ada yang terjumpa blog ni dan baca, aku ucapkan "tenkiu".

Sebenarnya tak tau nak cerita apa. Cerita tu banyak, tapi bagaimana nak bermula. Takpa, kita cerita pelan-pelan.

Alkisahnya aku nak bercerita tentang facebook. Page tu aku yang punya, ikut suka hati akulah nak buat dan nak corakkannya. Ada perkara yang aku nak share dengan semua orang, dan ada perkara yang aku hanya nak share dengan orang-orang tertentu sahaja. Banyak jugaklah friends yang aku remove dalam friendlist aku. Aku remove ada sebabnya, aku block dari memberi komen di wall aku pun ada sebabnya. Penting sangatkah FB nie? Kalau tak add dan remove seolah2 dah putus saudara dan sebagainya. Padahal, sedara-sedara, makcik-pakcik, sepupu-sepapat aku pun ada yang aku tak add, biasa ja... tak adalah sampai hentam menghentam aku. Sebenarnya malaslah nak panjang-panjangkan cerita tentang facebook ni. Terpulanglah pada individu dan empunya facebook. Meletoppppp!!!!

0 comments:

Post a Comment

Alkisahnya